Popular Posts

Saturday, April 9, 2011

Senaman Perawat Duka


Ia hanya mengambil masa dalam 7 minit…Senaman ringan ini dapat menenangkan jiwa kepada si pemerajuk…mari kita ramai2 lakukannya bersama…

ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up.. tarikkkk…hembusss….
tiru la macam ni…
untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..wa.. aaa(buat sampai bercahaya)
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk.. (mmg berkesan)
dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje.. yeay~
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masaalah…
buat secara aggresive pula…
jangan peduli apa orang lain kata.. (gaya freestyle)
hilangkan semua stress..
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali
buat joget kucing…
Dengan ini saya pasti,anda pasti akan tersenyum…Walaupun cikit,tp sure ade senyum jugak kan…Just make ur day happy…Think positifly n smile always… )

Petua Mendapat Pasangan



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Friday, April 8, 2011

Berikut adalah sebahagian daripada khasiat Minyak Herba (serbaguna) Morhabshi:
::::::::::::::::::::::
histeria
dirasuk syaitan
sihir (buatan orang)
santau
bayi 'diganggu'
bayi 'kembung'
sawan tangis
pusat bayi (agar mudah tanggal)
batuk
lelah/asma
sakit gigi
senak
cirit birit
kanser (luar)
kayap
kurap
gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)
luka/pendarahan (luar dan dalam)kudis
bisul

melecur terkena api atau air/minyak panas
gigitan serangga & binatang bisa stroke, kebas kaki tangan, lenguh

MINYAK SERBAGUNA KEGUNAAN .. MINYAK MORHABSHI....

Khasiat Minyak Morhabshi

Minyak Morhabshi dikategorikan sebagai unik dan serbaguna. Kegunaannya meliputi fizikal dan mistik, serta penyakit luaran dan dalaman. Malah, terdapat beberapa kes yang dimaklumkan pada kami bahawa Minyak Morhabshi telah membantu meningkatkan hubungan suami isteri (digunakan oleh pihak suami secara urutan pada alat kelamin).

Antara keunikan Minyak Morhabshi ialah ia menyelesaikan kes kerasukan dan gangguan makhluk halus seperti histeria, bayi menangis tidak semena-mena, sawan, sihir, buatan orang, santau, dan sebagainya. Sila lihat testimoni.

Dalam hal ini saya dan beberapa sahabat yang terdiri daripada golongan profesional pernah menguji Minyak Morhabshi menggunakan perantaraan seorang pelajar yang mempunyai kelebihan melihat makhluk ghaib. Menurut pelajar IPTA tersebut, 'makhluk' itu serta merta melarikan diri apabila seorang sahabat saya yang menjadi 'sampel ujikaji' disapukan Minyak Morhabshi pada tubuhnya. Wallahu'alam.
Kami juga dapati Minyak Morhabshi berkesan untuk asma, batuk, sakit dada, dan sebagainya.
Minyak Morhabshi juga didapati mujarab untuk hampir semua penyakit kulit termasuk kayap, kurap, gatal-gatal dan serangan bakteria. Malah Almarhum mendakwa ia juga mujarab untuk barah. Hal ini kemudiannya diakui oleh seorang Sahabat Morhabshi iaitu Ustaz Samsudin dari Kemaman Terengganu. Beliau juga seorang pengamal perubatan tradisional yang baru-baru ini menggunakan Minyak Morhabshi bagi merawat seorang pesakit Barah Hati kronik.
Sila lihat testimoni.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kami amat mengesyorkan agar Minyak Morhabshi sering dibawa bersama anda ketika dalam perjalanan, terutama apabila menaiki kenderaan awam. Hal ini kerana berdasarkan pengalaman kami, ia memberikan kesan segera untuk sakit perut, senak, kembung, dan cirit birit. Lagipun, apabila anda melalui lebuhraya 'yang berbagai-baggai keadaannya' macam-macam boleh mengganggu anda dan keluarga anda, terutama anak kecil.

Saya sendiri pernah pernah mengalami sakit gigi sehingga terpaksa mengeluarkan hampir RM200 untuk pembedahan kecil. Namun sakit gigi tersebut tidak pernah sembuh sepenuhnya selama hampir setahun (sekali sekala). Pada suatu tengah malam (2005) tiba-tiba sakit gigi itu menyerang. Saya segera mengambil secebis tisu, mencelupkannya dalam Minyak Morhabshi, dan menampalnya dalam lubang geraham saya itu. Alhamdulillah, tidak sampai 10 minit sakitpun hilang. Lebih menakjubkan, sehingga kini (2009) gigi geraham tersebut tidak pernah meragam lagi. Saya tidak perlu mencabutnya walaupun masih berlubang.
Satu lagi kegunaan Minyak Morhabshi ialah bagi merawat luka termasuk yang agak parah. Seorang sahabat saya (pegawai bank di Lukut, NS) menceritakan peristiwa beliau menggunakan Minyak Morhabshi akibat tertetak tangannya sendiri dengan parang tajam. Keberkesanan Minyak Morhabshi mengagumkan doktor yang merawatnya selepas itu sehingga luka tersebut tidak perlu dijahit.

Wednesday, April 6, 2011

Jangan Ketepikan Keluarga

Sebagai insan tak kan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Kerana itulah kelemahan yang ketara dalam diri manusia. Kekadang banyak perkara yang dihadapi dalam hidup anda memerlukan anda memberikan keputusan yang mungkin perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Seperti masalah yang mungkin melibatkan ahli keluarga seperti memilih pasangan, pertunangan dan perkahwinan. Sememangnya itulah yang perlu dilakukan.
Tetapi adakalanya anda boleh memberikan keputusan anda secara individu dalam permasalahan yang anda alami, dan ada situasinya keputusan individu tidak menjamin bahawa itu adalah keputusan yang betul. Mengapa? Kerana anda memerlukan nasihat dan panduan pengalaman orang lain untuk situasi yang anda alami. Nasihat mereka yang terlebih dahulu makan garam daripada anda. Mereka yang pernah mengalami keperitan hidup lebih dahulu daripada anda.
Ayah, ibu, adik beradik dan ahli keluarga adalah orang yang paling dekat dan berhak untuk anda bertanyakan apa jua masalah yang mungkin anda alami. Terutama masalah anda anda belum pernah laluinya sepanjang hidup anda. Jangan sekali-sekali memutuskan keputusan sendiri terhadap perkara yang belum pernah anda alami. Sekalipun anda tahu apa yang mungkin anda lakukan terhadap situasi anda, tetapi bertanyakan pendapat ahli keluarga akan memberikan keputusan yang lebih baik dan tepat.
Hari ini anak-anak muda merasakan mereka sudah terlalu dewasa untuk menghadapi kehidupan, sehinggakan mereka mengetepikan ahli keluarga dalam membuat keputusan. Mereka sebenarnya hanya berfikir dalam lingkungan pemikiran mereka sahaja. Lebih-lebih lagi dalam soal pasangan dan jodoh. Oleh kerana itu juga, anak-anak muda hari ini sukar menerima pandangan orang lain kerana dari zaman mereka kecil mereka sudah membuat keputusan sendiri. Mereka akan mudah melenting bila ditegur oleh ahli keluarga sendiri.
Anda boleh bertindak untuk melakukan keputusan untuk anda sendiri. Tetapi bukan dalam semua keadaan. Dalam keadaan yang mungkin melibatkan anda dan keluarga, mintalah pandangan mereka. Akui kesilapan keputusan diri dan teruskan dengan keputusan keluarga. 

Thursday, February 3, 2011

MOON

Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang

Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..

Zikir terapi ajaib ubat kegersangan hati, roh insan

ZIKIR mempunyai kedudukan sangat istimewa kerana ibadah ini digalakkan Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah, disertai pula rasa kasih, reda dan yakin kepada-Nya.
Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:
(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)
Dalam kehidupan, kita sering berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.
Selain itu, mukmin yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)
Walaupun zikir amalan yang mudah dilakukan, tetapi menjadi berat untuk dibiasakan. Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan.
Apabila daki dosa tertampal pada hati, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang berzikir. Faktor lain, seseorang itu dibelenggu sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab hati untuk berzikir.
Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.
Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan: “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”
Demikian penting dan tingginya kedudukan zikir kepada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah.
Ibnu Masud ada mengatakan: “Sesungguhnya aku bertasbih beberapa kali itu lebih aku sukai daripada aku menderma beberapa dinar dalam jumlah yang sama di jalan Allah.”
Zikir berkhasiat pula sebagai ubat bagi kekerasan hati.
Dikisahkan bahawa ada seseorang bertanya kepada Hasan al-Basri: “Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa hati aku ini menjadi keras begini?”Lantas kata Hasan: “Lunakkanlah hatimu itu dengan zikir.”
Kedudukan tinggi amalan berzikir turut digambarkan dalam kisah seorang bertanya kepada Salman al-Farisi: Amal apakah yang paling utama? Kemudian dijawab Salman: “Tidakkah engkau pernah membaca ayat, Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya) daripada ibadah yang lain.” (Surah Al-Ankabut ayat 45)
Abdullah bin Masud pernah berkata: “Sesungguhnya sebuah gunung menyeru gunung yang lainnya dengan namanya dan bertanya, apakah hari ini ada orang yang lalui di atasmu dan menyebut Allah (berzikir)? Maka apabila gunung itu menjawab, ya, maka ia akan gembira.”
Demikian juga riwayat yang mengatakan Abdullah bin Abbas pernah berkata: “Tidak ada sebuah lembah yang di atasnya disebut nama Allah kecuali ia akan merasa bangga atas lembah yang berada di sekelilingnya, ia merasa gembira dengan zikir yang diucapkan itu. Kegembiraan itu juga turut dirasai oleh tujuh lapis di bawah lembah itu.”
Begitulah gambaran jelas menunjukkan betapa amalan zikir mempunyai keistimewaan besar yang seharusnya menjadi amalan rebutan setiap mukmin untuk mencapai keredaan Allah dan menikmati ketenangan hidup.

Thursday, January 20, 2011

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Pengenalan
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.


Teknik Belajar 5R-STUV
  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]
Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
        MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG   
                               MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.
Teknik Belajar PV3R
  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)
7 Cara Cemerlangkan Otak
  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean air for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain./
Amalan peningkatan daya ingatan
  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

        AMALKAN SEMOGA BERJAYA

9 Situasi Isteri Menyerah Penuh Rela

SEBENARNYA, MENGAJAK ISTERI UNTUK MELUNASKAN NAFSU SEKS PERLU KENA DENGAN MASANYA DAN MASA TERSEBUT BUKANLAH HANYA PADA MALAM JUMAAT SAJA. ADA BANYAK WAKTU ATAU SUASANA YANG MENDORONG ISTERI MAHUKAN SEKS TANPA DIPINTA.

Suasana inilah yang perlu diketahui oleh suami dan kalau sudah diketahui tak perlu berlama-lamaan mengusap atau membelai isteri. Sebaliknya isteri akan terus menyerah jiwa raganya untuk suami dengan penuh rela. Pasti ramai suami mahu mengetahui suasana tersebut bukan? Ini dia situasi yang boleh anda pergunakan.


1. Selepas bertengkar

Setelah berselisih faham berhari-hari ataupun berdebat sengit hingga menarik muka maka apa lagi yang paling diinginkan oleh selain dirangkul, dicium dan dibelai oleh pasangannya.
Semua perkara ini akan meredakan terus saki baki amarah yang tertinggal dalam hatinya. Lagipun setelah lama tidak bertegur sapa atau mengasingkan diri sudah pasti isteri akan merindui susuk tubuh suaminya. Jadi pergunakanlah waktu ini sepenuhnya.

2. Bahagia dan gembira

Seperti halnya kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan yang berlebihan juga membuat wanita merasa ingin bercinta ataupun timbul ghairah untuk bersama suaminya. Kebahagiaan itu mungkin dirasakan ketika suami mendapat pekerjaan baru, kenaikan pangkat, bakal menimang cahaya mata dan sebagainya. Apa pun bentuk kebahagiaan tersebut, wanita memiliki ghairah dan semangat positif yang berlebihan. Terasa bahagia di samping suami dan sanggup melakukan apa saja untuk membahagiakan suami pula.
3. Tertekan
Dalam satu keadaan ada wanita yang menolak hubungan intim bersama suami bila tertekan tapi ada juga wanita yang bersikap sebaliknya. Pada sesetengah wanita stres atau tekanan akan meningkatkan nafsu seksnya.
Seks bersama suami dilihat sebagai cara untuk mereda atau melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Jadi bila si isteri sedang stres cubalah mengurutnya dengan minyak aromaterapi. Dari situ juga kadang-kadang akan terbangkit nafsunya, kalau itu terjadi anggap saja ia rezeki anda!
4. Berasa cemburu
Wanita selalu merasa terbakar jika mendengar pasangannya bermain kayu tiga dengan wanita lain. Jadi, tak usah hairan jika nafsu untuk bersama dengan pasangan di tempat tidur makin memuncak saat anda cemburu padanya. Mungkin untuk membuktikan bahawa dirinya lebih hebat di tempat tidur berbanding wanita lain. Tapi janganlah pula suami sengaja berbuat demikian hanya kerana faktor seks ini.

5. Waktu subur

Wanita akan mudah berahi ketika waktu ovulasi (pelepasan telur) tiba. Ia selalunya berlaku dua minggu dari haid terakhir. Inilah waktu paling sesuai untuk suami mengajak isteri berhubungan intim. Tapi waktu ini agak sukar ditentukan jika kedatangan haid isteri tidak teratur. Anda perlu mengenali tanda-tanda. Jika si dia tampak lebih menawan dan seperti ada sensasi atau tarikan waktu bersentuhan dengannya maka ini mungkin saatnya.

6. Usai lihat filem romantis 

Kalau ramai lelaki lebih tertarik dengan filem porno, wanita pula sebenarnya lebih terangsang bila menonton filem romantis.
Adegan-adegan romantik dalam filem tersebut membuatkan wanita terasa seperti mahu mengulangi di dalam kehidupan realitinya. Jadi para suami, apa salahnya bersusah sedikit mencari filem romantis untuk ditonton bersama isteri. Manfaatnya pasti akan diterima selepas selesai menontonnya.
7. Lama berjauhan
Cinta jarak jauh memang akan meningkatkan ghairah untuk bersama pasangan. Berpisah dengan pasangan beberapa hari atau beberapa minggu membuat anda dan pasangan saling merindui antara satu sama lain.
Jarak yang jauh menyebabkan anda dan pasangan hanya dapat dihubungi melalui telefon, SMS ataupun e-mel. Jadi ketika anda dan pasangan bertemu luapan dan ghairah cinta yang selama ini terpendam akan meledak. Waktu itu anda mungkin akan mengalami nikmat hubungan intim yang luar biasa.

8. Lama menyendiri

Semakin lama wanita tak melakukan seks, semakin tinggi ghairah seksualnya. Jadi tak hairan selesai ''puasa seks jangka panjang'' sebagai contoh selepas berpantang melahirkan bayi, wanita akan terasa tidak sabar untuk menikmati seks kembali.

9. Suami kreatif

Jika suami seorang yang kreatif dan pandai mempraktikkan posisi baru yang memberi kenikmatan pada isteri tak mustahil isteri akan sentiasa mengidam untuk bersama dengan anda. Jadi selepas ini cubalah teknik atau gaya baru dalam seks ataupun belajar menjadi pasangan yang kreatif.